SEREMBAN: Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan menegur segelintir individu di sesetengah perkampungan di negeri ini yang berebut jawatan imam dan ketua kampung sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati serta kekecohan di kalangan mereka.
Beliau berkata, perkara itu berlaku sejak kerajaan negeri memberikan elaun khas kepada imam dan ketua kampung yang menyebabkan ramai yang berminat dengan jawatan itu.
“Mereka yang inginkan jawatan berkenaan sanggup berbuat apa saja termasuk memfitnah imam sedia ada dengan mengatakan imam terbabit tidak menjalankan tugas dengan betul atau bacaan ayat al-Quran imam itu tidak jelas,” katanya.
“Tidak kurang yang sanggup berdebat mengenai agama bagi tujuan kepentingan peribadi. Walaupun kes seumpama ini masih dianggap terpencil dan dapat dikawal, namun ia tidak harus berlaku kerana membabitkan martabat agama Islam dan institusi masjid,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Tilawah dan Pertandingan Nasyid anjuran Pergerakan Wanita Umno Negeri Sembilan di Bangunan Badan Perhubungan Umno negeri, di sini, petang kelmarin.
Hadir sama Setiausaha Umno negeri, Datuk Azman Hasan; Ketua Pergerakan Wanita Umno negeri, Datuk Norhayati Omar dan Bendahari Umno negeri, Datuk Ismail Lasim.
Mohamad berkata, kerajaan negeri menerusi Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (Mains) sentiasa memantau terhadap pelantikan imam dan ketua kampung dan ia tidak akan dibuat sewenang-wenangnya sebaliknya sudah dikenal pasti ayak serta menepati syarat ditetapkan.
Menurutnya, Mains sudah menetapkan untuk melantik imam pelapis atau imam dua yang berusia kurang 60 tahun di setiap masjid di negeri ini, yang akan meneruskan tugas apabila imam satu sudah tidak mampu melakukan tugas berkenaan.
“Tindakan ini untuk memastikan usaha memakmurkan institusi masjid terus subur demi kepentingan masyarakat Islam setempat,” katanya.
Malah katanya, menerusi penyusunan semula struktur pentadbir masjid yang kini diletakkan di bawah pengawasan Pegawai Daerah, diyakini institusi masjid akan terus mantap dalam memakmurkan syiar Islam.
“Kerajaan negeri mahu melihat masjid bukan saja setakat untuk dijadikan tempat sembahyang dan aktiviti bercorak keagamaan, tetapi sebagai pusat pentadbiran dan kemajuan masyarakat. Saya juga kesal ada di kalangan penduduk yang lebih mementingkan balai raya daripada masjid,” katanya.
- komen sikit,
ada gaji barulah nak berebut,
jujur dan ikhlas tiada nilai,
kalau tidak masjid pun reput,

habis di makan anai-anai.
2 comments:
Salam bunga teloq:
Memang dah menjadi perkara yg normal kat Malatsia ni sampai dari jawatan politik,ke JKKK ke tok sidang ke tok imam dan tok siak pun orang dah berebut.
Mereka dah lupa ke tugas itu amanah apalagi sebagai imam utk memimpin solat orang2 kampung.
Ada imam yg baca pun dah tak lancar, malah bila baca teks khutbah pun bila sampai ayat Quran atau hadith masih baca kucar kacir.
Tapi dek kerana elaun lah kot...masih bertahan kat jawatan tu. Mungkin juga insentif lain seperti upah juru nikah, habuan bila ada kenduri kendara di kampong. Habuan jadi tekong kenduri tahlil atau bercukur...
Macamana umat nak jadi elok kalau pak imam pun dua kali lima?
assalamualaikum,
terimakasih diatas komen tokasid yg sangat membina.
memang adat manusia, pahala dan dosa bukanlah ukuran tetapi wang dan ringgit, malahan kadang2 pangkat lebih utama.
moga2 kita x tergolong dlm golongan itu.
amin
Post a Comment